Friday, 23 November 2012

KEM MEMBACA LITERASI 2012

Tarikh   : 4 Oktober 2012
Masa    : 8.00 - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Pusat
Penglibatan : 52 orang guru pemulihan, 3 orang guru pemulihan khas LINUS  dan 35 orang murid Linus Kohort 1 & Linus Tegar Kohort 2

Kem ini dilaksanakan bagi mensifarkan LINUS Kohort 1 dan LINUS Tegar Kohort 2. Berdasarkan data Saringan 8 terdapat 14 orang murid LINUS Kohort 1. Manakala murid LINUS Tegar Kohort 2 adalah seramai 21 orang berdasarkan Saringan 4. Murid-murid ini dibahagikan mengikut nisbah 1 murid: 2 orang guru. 
Kem ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Berdasarkan kepada keputusan yang direkodkan selepas dilaksanakan Saringan, hanya tinggal beberapa orang murid sahaja yang tidak melepasinya namun murid-murid ini menunjukkan peningkatan yang baik. 
Pihak PPD Maran mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh guru-guru pemulihan daerah Maran dan PKG Bandar Pusat.











PROGRAM KELESTARIAN LINUS 2012

Tarikh: 11-12 Julai 2012
Masa  : 8.00 - 5.00 petang
Tempat: Bilik Seminar PPD Maran

Program Kelestarian LINUS ini diadakan selama dua hari. Pada hari pertama, Pegawai FasiLINUS iaitu En.Azli bin Hamid dan En. Mohd Asri bin Salleh serta dua orang Jurulatih Utama yang telah menghadiri kursus ini memberi taklimat berkenaan dengan program dan langkah-langkah pelaksanaannya. Guru-guru LINUS Tahun 3 dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut zon. Setiap zon diwakili oleh satu kumpulan Literasi dan satu kumpulan Numerasi. 

Setiap kumpulan berbincang untuk menghasilkan RPH dan BBM yang akan digunakan semasa pelaksanaan 'Lesson Study' di sekolah-sekolah terpilih. Sekolah-sekolah yang telah dipilih bagi menjayakan program ini adalah seperti berikut:
  1. SK Jengka 19 (Literasi)
  2. SK Jengka 17 (Literasi)
  3. SK Jengka 7 (Numerasi)
  4. SK New Zealand (Numerasi) 
Selepas selesai sesi p&p di sekolah-sekolah terlibat, semua guru kembali ke PPD untuk membentangkan hasil atau refleksi yang diperoleh semasa pelaksanaan "Lesson Study".






KURSUS PELAKSANAAN P&P LINUS UNTUK GURU PEMULIHAN DAERAH MARAN 2012

Tarikh    : 11 September 2012
Masa      : 8.00 - 5.00 petang
Tempat   : Tingkat 4, Bangunan Wisma Persekutuan Maran
Penceramah: Puan Norliza Samsudin ( Guru Cemerlang Pemulihan dari SK Kg Kolam, Rompin)

Kursus ini diadakan bagi membantu guru-guru pemulihan memantapkan pedagogi mereka. Di samping itu juga dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru pemulihan dalam melaksanakan kelas pemulihan yang berkaitan dengan Program LINUS. Berbagai isu dibangkitkan oleh guru-guru pemulihan dan dijelaskan oleh penceramah.

KURSUS PENDEDAHAN PEDAGOGI LINUS DAERAH MARAN 2012

Tarikh  : 22 Mei 2012
Tempat : SK Seri Keramat ( Literasi ) dan PPD Maran (Numerasi)
Penceramah : Puan Norliza Samsudin ( Guru Cemerlang Pemulihan dari SK Kg Kolam, Rompin)   
                      dan  Puan Zarina Mahdzar ( FasiLINUS Numerasi Rompin)

Kursus ini diadakan bagi memantapkan lagi pedagogi guru-guru LINUS supaya dapat melaksanakan p&p yang berkesan di dalam bilik darjah. Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua penceramah yang sudi meluangkan masa membantu guru-guru LINUS di daerah Maran.












BENGKEL PEMBINAAN BBM GURU LITERASI TAHUN 2 ZON JENGKA

Perkara: Bengkel Pembinaan BBM Guru Literasi Tahun 2 Zon Jengka
Tarikh  : 8-9 Mei 2012
Tempat : PKG Bandar Pusat

Bengkel ini diadakan bagi tujuan membantu guru-guru Literasi Tahun 2 membina bahan bantu mengajar untuk digunakan semasa p&p di dalam kelas. Sambutan para guru amat menggalakkan dan mereka menunjukkan minat yang mendalam dalam menjayakan bengkel ini. Di akhir bengkel, guru-guru telah berjaya menghasilkan beberapa BBM yang kreatif dan menarik yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Terima kasih kepada PKG Bandar Pusat yang telah menganjurkan bengkel ini.