Masa : 8.00 - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Pusat
Penglibatan : 52 orang guru pemulihan, 3 orang guru pemulihan khas LINUS dan 35 orang murid Linus Kohort 1 & Linus Tegar Kohort 2
Kem ini dilaksanakan bagi mensifarkan LINUS Kohort 1 dan LINUS Tegar Kohort 2. Berdasarkan data Saringan 8 terdapat 14 orang murid LINUS Kohort 1. Manakala murid LINUS Tegar Kohort 2 adalah seramai 21 orang berdasarkan Saringan 4. Murid-murid ini dibahagikan mengikut nisbah 1 murid: 2 orang guru.
Kem ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Berdasarkan kepada keputusan yang direkodkan selepas dilaksanakan Saringan, hanya tinggal beberapa orang murid sahaja yang tidak melepasinya namun murid-murid ini menunjukkan peningkatan yang baik.
Pihak PPD Maran mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh guru-guru pemulihan daerah Maran dan PKG Bandar Pusat.












